Fitrah Fibre Enterprise
adalah sebuah syarikat yang telah diasaskan pada 15hb Julai 2003 dan
beroperasi di Lot 4092, Kampung Bukit Rangin, Kuantan Bypass, 25150, Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Keutamaan perkhidmatan
Firtah Fibre Enterprise adalah membekal, membuat serta mereka bentuk barangan
yang berasaskan gentian kaca (fibreglass). Di antara produk-produk yang menjadi
keutamaan kami adalah bot pengangkutan pelbagai saiz serta kelengkapan laut,
tangki simpanan, tangki septik, acuan serta kepelbagaian barangan lain yang
berasaskan gentian kaca.
Berdasarkan pengalaman
yang ada dalam menjalankan perkhidmatan ini, Pengasas Syarikat sentiasa
berusaha untuk memajukan syarikat supaya menjadi pembekal barangan gentian kaca
yang terbaik seiring dengan pembangunan dan ekonomi Negara. Syarikat juga
berusaha untuk mempelbagaikan kegunaan serta barangan gentian kaca selaras
dengan kepesatan pembangunan infrastruktur di Malaysia.
Untuk perancangan akan datang,
Fitrah Fibre Enterprise berazam untuk meningkatkan lagi mutu, kualiti, kuantiti
dan efisyen di dalam perkhidmatan bukan sahaja untuk meningkatkan kepuasan
pelanggan, malah juga untuk menceburi
peluang-peluang yang baru dalam pembangunan Negara.